Saturday 23 June 2012

Kematian itu Peringatan Bagi Yang Hidup

Assalamualaikum w.b.t 

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Segala puji hanya bagi Allah kerana menyelamatkan nyawaku dari kecelakaan yg berlaku pd 22/6/2012. 

saat kena hentam ngn kereta trsebut hanya mati di bibirku. 2 kali hentaman yg agak kuat itu mnyebabkan dahi aku terhentuk pada streng & mngalami sedikit 'trauma' utk memandu lagi.. 

lalu aku berfikir adakah aku bersedia utk mghadapi kematian?? 



Tinggal dunia, tinggal segala. Hanya amalan, jadi teman bicara. 

aku fkir sgalanya mungkin telah terlambat jika Allah mengambil nyawaku ketika itu..


------------------------------------------------------------------------------------------------------------

                                 
“Secerdik-cerdik manusia ialah yang terbanyak ingatannya kepada kematian serta yang terbanyak persiapannya untuk menghadapi kematian itu. Mereka itulah orang-orang yang benar-benar cerdik dan mereka akan pergi ke alam baqa' dengan membawa kemuliaan dunia dan akhirat.”
(HR. Ibnu Majah dan Abiddunya) .



Kematian yang hampir, pastinya aku inginkan husnul khatimah iaitu pengakhiran kehidupan ini yang baik. Husnul khatimah dengan jaminan syurga Allah kelak. Husnul khatimah dengan tiadanya azab di dalam kubur nanti. Husnul khatimah dengan redhanya Allah kepadaku. Namun, sejauh mana amalan yang aku inginkan sebagai peneman di sana nanti? Adakah amalan yang rosak dan sedikit? Atau aku ingin bawa amalan maksiat dan dosa? Pastinya aku inginkan yang terbaik. Namun sejauh mana aku meladang dan membaja tanaman aku di dunia ini? Sejauh mana usaha yang telah aku curahkan untuk menggapai matlamat itu?

Allah memang menyayangi hamba2Nya…dan Allah jua amat keras siksaanNya. Maka kitalah yang memilih samada ingin merasai kasih-sayangNya atau azabNya. Syurga itu manis dan mahal. Bukan mudah untuk menikmatinya. Maka, tentunya jalan untuk sampai kepadaNya dipenuhi dengan liku2 dan ujian. Tidakkah kita teringin menikmati kematian seperti yang diperdengarkan di telinga2 kita mengenai kematian para sahabat, tabi’ tabi’in dan ulama’? Maka…kitalah yang fikir dan usahakan, samada ingin atau tidak menikmatinya…dan selarikanlah dengan usaha…

Syukran Ya Tuhanku .. kerna masih memberiku nafas…. 
keadaan kereta slps bonet hadapan ditarik... sbelumnya bonet tu dah trlipat dua.. huhu .. ~

No comments:

Post a Comment