Saturday 23 June 2012

Kematian itu Peringatan Bagi Yang Hidup

Assalamualaikum w.b.t 

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Segala puji hanya bagi Allah kerana menyelamatkan nyawaku dari kecelakaan yg berlaku pd 22/6/2012. 

saat kena hentam ngn kereta trsebut hanya mati di bibirku. 2 kali hentaman yg agak kuat itu mnyebabkan dahi aku terhentuk pada streng & mngalami sedikit 'trauma' utk memandu lagi.. 

lalu aku berfikir adakah aku bersedia utk mghadapi kematian?? 



Tinggal dunia, tinggal segala. Hanya amalan, jadi teman bicara. 

aku fkir sgalanya mungkin telah terlambat jika Allah mengambil nyawaku ketika itu..


------------------------------------------------------------------------------------------------------------

                                 
“Secerdik-cerdik manusia ialah yang terbanyak ingatannya kepada kematian serta yang terbanyak persiapannya untuk menghadapi kematian itu. Mereka itulah orang-orang yang benar-benar cerdik dan mereka akan pergi ke alam baqa' dengan membawa kemuliaan dunia dan akhirat.”
(HR. Ibnu Majah dan Abiddunya) .



Kematian yang hampir, pastinya aku inginkan husnul khatimah iaitu pengakhiran kehidupan ini yang baik. Husnul khatimah dengan jaminan syurga Allah kelak. Husnul khatimah dengan tiadanya azab di dalam kubur nanti. Husnul khatimah dengan redhanya Allah kepadaku. Namun, sejauh mana amalan yang aku inginkan sebagai peneman di sana nanti? Adakah amalan yang rosak dan sedikit? Atau aku ingin bawa amalan maksiat dan dosa? Pastinya aku inginkan yang terbaik. Namun sejauh mana aku meladang dan membaja tanaman aku di dunia ini? Sejauh mana usaha yang telah aku curahkan untuk menggapai matlamat itu?

Allah memang menyayangi hamba2Nya…dan Allah jua amat keras siksaanNya. Maka kitalah yang memilih samada ingin merasai kasih-sayangNya atau azabNya. Syurga itu manis dan mahal. Bukan mudah untuk menikmatinya. Maka, tentunya jalan untuk sampai kepadaNya dipenuhi dengan liku2 dan ujian. Tidakkah kita teringin menikmati kematian seperti yang diperdengarkan di telinga2 kita mengenai kematian para sahabat, tabi’ tabi’in dan ulama’? Maka…kitalah yang fikir dan usahakan, samada ingin atau tidak menikmatinya…dan selarikanlah dengan usaha…

Syukran Ya Tuhanku .. kerna masih memberiku nafas…. 
keadaan kereta slps bonet hadapan ditarik... sbelumnya bonet tu dah trlipat dua.. huhu .. ~

Saturday 16 June 2012

Rindu kpd mereka semakin sarat!!

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t …
Ok. Now musim org pergi umrah.. Alhamdulillah.. rezeki pergi umrah Allah bg jua pd ma ngn abh aku.. so aku mcm blurr je sbb xprnh ditinggalkan oelh kedua-duanya dlm masa yg agak lama. But I need to be strong bcoz I’m a sister!! Aku jg perlu tgk2kn adik2 aku then umah.. kms.. siram pokok bunga ma.. apa lgi ..mcm2 .. tp xde hal.. InsyaAllah akan menunaikan tggungjwb ini sebaik mungkin sebagaimana yg tlh  diamanahkan oleh kedua org tuaku.
Hari ni tiba hari abh & ma berangkat ke bumi Mekah Almukarramah. Dari smlm rmai org xptus2 dtg jumpa ma ngn abh.. then penat jgk sbb berlari ke sana-sini. Tp xpe. Mrungut tu bukan perkara yg berfaedah pon. So, as a daughter bt je slagi mampu for helping my abah & ma.. J .. pgi td bila my brother azan utk berangkat dh ase sebak.. pilunya suasana itu.. SubhanaAllah.. prasaan apa yg Engkau kurniakan kpd kami sehingga kami ingin menangis apabila membayangkan bhagianya jika kami jua dpt menjejaki Tanah Suci itu.. SubhanaAllah!! Bergegar sluruh badanku .. bhagianya kedua org tuaku .. Alhamdulillah..  then tiba kt airport Sultan Mahmud Kuala Terengganu mula la rasa sebak smcm.. ye la.. ma ngn abh kn nk pergi jauh.. huhu.. ase mcm Mekah tu bkn duk planet Bumi.. maybe Pluto.. but Pluto ada makhluk duduk ke?? Hehe..
Tik..tok.. tik.. tok.. jam dh 9.30 pg!!! abh ngn ma dh nk msuk balai pelepasan!! :’( .. salam2.. peluk2.. aku menahan je agar air mata ini tidak gugur.. but my sister bt drama dunia plak dh!! Nangis teresak2.. hoi!! Adoi!! .. aku pon dh nangis.. jgk akhirnya.. huhu.. ok xpe.. go on je cik annyuni!! Nangis!! Itu perkara yg melegakan sbnrnye.. smbil peluk ma.. I’m said.. “ma maafkan kalau ada slh & silap.. ‘’ ..  xde niat ok nk bt my ma nangis.. my ma ttup mata je.. :’( .. so sad…

indahnya jika kami juga turut mnyertai kedua org tua kami ke Mekah Almukarrahamah .. InsyaAllah satu hari nnti.. ameen.. 
suasana pilu .. azan sebelum berangkat .. mudah-mudahan segalanya berjalan lancar.. 

Ma ngn abh masuk.. knp xpusing belakang tgk kami????? Kami rindu!!! ;’( .. kami berlari ke bawah ingin melihat aeroplane berlepas!! Alhamdulillah.. aeroplane tu parking dkt pagar tmpt kami berdiri!! Wah!! Kami dpt lambai ma ngn abh!! Yeayy!! Ma ngn abh nmpk then lambai jgk!! Alhamdulillah.. so lega dpt tgk jua.. lgi skali… haishh.. saat menulis coretan ini.. betapa hati ini sudah mula merindui keduanya.. ya Allah .. hanya kpdMu kami menadah doa.. Semoga kedua org tua kami selamat pergi & pulang .. dan semoga keduanya dpt mnjalankan ibadah dgn sempurna.. & Engkau murahkan rezeki kami supaya dpt ke sana jua.. Ameen.. 

Tuesday 22 May 2012

Saat Terciptanya Hawa dari tulang rusuk Adam..

wnita kekdg slalu trtanya2 siapa pmilik tulang rusuk kiri kita... jgn rsau.. itu sume krja Allah.. krja kita brusaha, berdoa & bertawakal agar pmilik tulang rusuk kiri kita mnjd yg trbaik pd pndngn Allah... ;-) .

ketika Adam berada di syurga, apa sahaja yang ada didalam syurga itu berupa nikmat! segala nikmat yg xprnh berkurang.. namun.. Adam ttp glisah dan resah dlm kesepian..

itulah satu2nya kekurangan yg dirasakan Adam di syurga..
dia memerlukan seorang teman yg akan mendampinginya dlm kesenangan yg xterkata itu. Demi memenuhi jiwanya yg kesunyian, Adam akan turun ke bawah pohon2 rendang mencari hiburan dan mendengar burung2 bernyanyi indah. Namun.. hatinya tidak tenteram, malah makin tertikam.. tatkala angin bertiup sepoi2 bhsa dan dedaunan mendesirkan suara sayup2 maka terkesanlah di hati Adam akan perasaan sayu. Dirasakan sprti derita batin disebalik nikmat yang dianugerahkan Tuhan kepadanya.

tetapi..
Adam malu sekali untuk mengadukan kesunyiannya itu kepada Allah. Allah Maha Mengetahui akan apa yg tersembunyi dalam kalbu hambaNya.
Ketika Adam sedang nyenyak tidur, Allah menyampaikan wahyu kepada malaikat Jibril AS agar mencabut tulang rusuk Adam dari lambung sebelah kiri.
Adam tidak berasa apa2 ketika tulang rusuknya dicabut oleh Malaikat Jibril. dan dgn kudrat Allah yg apabila ia mengkehendaki terjadi ssuatu, cukup dgn berkata "KUN" maka terciptalah Hawa dari tulang rusuk Adam sebagai insan kedua penghuni syurga. Juga sebagai pelengkap kurnia yg dianugerahkan kpd Adam. Justeru Hawa itu tercipta untuk dijadikan teman yg boleh bermesra dan bergurau senda dengan Adam.

Hawa dduk bersandar pada bantal lembut, diatas sebuah tempat yang bertatahkan emas dan permata manikam, sambil terpesona memandang wajah seorang lelaki kacak yg sedang terbaring tidak jauh di depannya. Butir2 fikiran dan perasaan yg bergelombang dalam sanubari Hawa itu seolah2 merupakan arus elektrik yg datang mengetuk kalbu Adam. Ia langsung berasa seperti sebuah mempi yang sangat berkesan dalam jiwa Adam..

Ketika terjaga , alangkah terkejutnya Adam tatkala ada seorang makhluk manusia seperti dirinya tidak jauh dari tempatnya sedang berbaring. Beberapa kali Adam mengosok matanya kerana tidak percaya pada apa yg dilihatnya.

Hawa diciptakan lengkap dengan perasaan malu itu segera memalingkan badannya seraya mengirimkan sebuah senyuman manis bercampur manja, diiringi pandangan melirik dari sudut mata yang ternyata memberikan sinar harapan bagi hati yg melihatnya.

Sesungguhnya memang diciptakan Hawa itu dengan bentuk dan paras rupa yang sempurna! Ia dihiasi dengan kecantikan, kemanisan, peindahan, kasih sayang, kesucian, keibuan, dan segala sifat keperibadian yg terpuji. Ia wanita tercantik yg menghiasi Syurga! dan kecantikan itu yg diwariskan turun-temurun.. dan daripadanyalah maka ada kecantikan yg diwariskan kepada semua wanita yg datang selepasnya..

Adam tidak kurang hebatnya!
dia begitu gagah dan kacak malah tidak terjumpa walau sekecil cacat pada dirinya. kerana Adam itu makhluk yg dicipta secara langsung oleh Allah SWT tanpa perantaraan. Semua kecantikan yg ada pada seorang lelaki terhimpun padanya. dan kecantikan itu jugalah yg diwariskan kepada semua lelaki selepasnya sebagai anugerah Allah kepada makhlukNya yg bergelar manusia. Bahkan diriwayatkan, kelak semua penduduk syurga akan dibangkitkan dengan pantulan daripada cahaya rupa Adam AS..

Kata2 yg pling segar dan diingati Adam adalah tatkala Hawa mengucapkan dengan terputus-putus
"... ku.. a.. ku.. aku.. dijadikan untukmu!"
kata-kata itu nikmat yang menambah kemeraan Adam dan Hawa. Adam sedar nikmat itu datang daripada Tuhan, dan cinta juga datang daripada Tuhan. Dengan mengenali cinta, makrifah kepada Tuhannya semakin mendalam. Cinta kepada Hawa beerti cinta kepada Pencipta..

diperintahkan kepada semua malaikat di langit untuk berkumpul bersama-sama di bawah pohon 'Syajarah Thuba', menjadi saksi atas pernikahan Adam & Hawa..

Diriwayatkan bahawa pada pernikahan itu Allah SWT berfirman ..
"Segala puji adalah KepunyaanKu, segala Kebesaran adalah pakaianKu, segala Kemegahan adalah hiasanKu dan segala makhluk adalah hambaKu dan dibawah kekuasaanKu. menjadi saksilah kamu hai para malaikat dan para penghuni langit dan syurga bahawa aku menikahkan Hawa dengan Adam, kedua-dua ciptaanKu dengan mahar, dan hendaklah kedua-duanya bertahlil dan bertahmid kepadaKu!"

Subhanallah.